Jumaat, 24 April 2009

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pada mesyuarat AJK Perbadanan Apartmen Kenari yang diadakan pada Khamis, 23 April 2009, satu cadangan supaya diwujudkan blog apartmen kenari telah diusulkan oleh Tuan Haji Rahim. memandangkan saya memang blogger dan 'gila' dengan dunia blog ini, maka saya segera bersetuju dan menawarkan diri untuk membantu mewujudkan  blog ini.

Matlamat wujudnya blog ini adalah untuk membantu memudahkan komunikasi antara penghuni, baik pemilik atau penyewa di kejiranan ini. Moga tuan-tuan dan puan-puan dapat memanfaatkan blog ini untuk menitiupkan sebarang komen atau cadangan demi kebaikan bersama. Selain itu, sebarang berita akan diumumkan di blog ini.

Antara berita awal yang saya kira tidak menjadi kesalahan diwar-warkan di sini ialah cadangan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Perbadanan Apartmen Kenari kali ke 8. Ia dicadangkan akan diadakan pada Ahad, 28 Jun 2009 akan datang.

Insya Allah akan dipaparkan lagi berita seterusnya.

Bye Bye... wassalam