Ahad, 27 Jun 2010

MESYUARAT AGUNG PERBADANAN APARTMENT KENARI ke 9

Alhamdulillah, mesyuarat agung perbadanan telah selesai berlangsung hari ini, 27hb Jun 2010 di dewan apartmen kenari. Seramai 20 orang pemilik/penghuni telah hadir. Perlantikan pengerusi dan ajk baru telah dibuat dan kebanyakannya AJK lama telah dipilih semula dengan ditokok oleh beberapa orang ajk baru.

Kali ini, wakil pihak Hospital Kuala Lumpur juga dipilih untuk menduduki senarai AJK. Walaupun telah berlangsungnya pemilihan dan segala usul telah dibentangkan, namun penghuni masih boleh mengemukakan usul atau cadangan atau saranan untuk kebaikan bersama.