Khamis, 2 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Slide 1
PIHAK PERBADANAN INGIN MERAKAMKAN UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SELURUH PENDUDUK APARTMENT KENARI.
KEPADA SEMUA PENDUDUK YANG INGIN PULANG KE KAMPUNG SILA PASTIKAN RUMAH ANDA
DITINGGALKAN DALAM KEADAAN BERKUNCI SEPENUHNYA. KEPADA PENDUDUK YANG AKAN MEMULAKAN PERJALANAN JAUH PIHAK PERBADANAN MENGUCAPKAN SELAMAT JALAN DAN
SENTIASALAH BERHATI-HATI DI JALAN RAYA.
INGATLAH INSAN TERSAYANG.
SEMOGA SELAMAT PERGI DAN PULANG.

Ahad, 27 Jun 2010

MESYUARAT AGUNG PERBADANAN APARTMENT KENARI ke 9

Alhamdulillah, mesyuarat agung perbadanan telah selesai berlangsung hari ini, 27hb Jun 2010 di dewan apartmen kenari. Seramai 20 orang pemilik/penghuni telah hadir. Perlantikan pengerusi dan ajk baru telah dibuat dan kebanyakannya AJK lama telah dipilih semula dengan ditokok oleh beberapa orang ajk baru.

Kali ini, wakil pihak Hospital Kuala Lumpur juga dipilih untuk menduduki senarai AJK. Walaupun telah berlangsungnya pemilihan dan segala usul telah dibentangkan, namun penghuni masih boleh mengemukakan usul atau cadangan atau saranan untuk kebaikan bersama.

Sabtu, 15 Mei 2010

MESYUARAT AGUNG PERBADANAN APARTMENT KENARI

Insyaallah, jika tiada aral mesyuarat agung tahunan apartment kenari akan diadakan pada 27hb. Jun, 2010 bersamaan hari ahad. Agenda utama mesyuarat ialah memilih jawatankuasa baru sesi akan datang. Selain itu beberapa isu dan pembentangan juga akan dibuat. Ini adalah makluman awal. Sekiranya ada perubahan akan dimaklumkan kelak. Jadi kepada semua pemilik unit, silalah luangkan masa untuk hari tersebut. Bookmark tarikhnya dalam perancangan tuan-tuan dan puan-puan. Terima kasih.

MENGECAT BANGUNAN

Perancangan mengecat bangunan sehingga kini masih menunggu maklumbalas dari penghuni dan pemilik unit. Kontraktor dan warna piihan masih belu ditetapkan. Sebarang pandangan dan cadangan dialu-alukan. terima kasihj.

Khamis, 13 Mei 2010

Perancangan Mengecat Blok-blok Apartment Kenari

Pihak Perbadanan Pengurusan Apartment Kenari telah mengambil ketetapan untuk mengecat bangunan apartment kenari yang sudah lebih 15 tahun usianya ini. Jumlah kutipan yang akan dibuat untuk setiap unit ialah sebanyak RM600.00 sahaja. Bagi memudahkan penghuni, maka bayaran tersebut boleh dibuat secara ansuran.

Moga selepas ini keceriaan dan keindahan kejiranan kita bertambah bagus.

Jumaat, 15 Januari 2010

MAJLIS POT LUCK DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR

SALAM DAN SALAM SEJAHTERA

UNTUK MAKLUMAN SEMUA PENDUDUK APARTMENT KENARI,
PIHAK PERBADANAN AKAN MENGADAKAN MAJLIS TERSEBUT SEPERTI BERIKUT :

TARIKH : 22 JAN 2010 (JUMAAT)
MASA : 9.15 MALAM
TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA APARTMENT KENARI

SEMUA PENDUDUK DIJEMPUT UNTUK MENYERTAI MAJLIS POT LUCK DAN DATANGLAH BERAMAI-RAMAI BERSAMA KELUARGA.

ANTARA ACARA PADA MALAM TERSEBUT :

- JAMUAN MAKAN
- CABUTAN BERTUAH
- PENYAMPAIAN ANUGERAH

SEMUA PENDUDUK DIJEMPUT HADIR