Ahad, 18 Oktober 2009

FORUM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
1) Atas cadangan dan minat mendalam mereka yang sering berkunjung blog ini supaya diwujudkan 'forum' maka admin telah wujudkan forum. Untuk ke forum, sila klik pada "JOM FORUM DI KOMUniti APARTMEN KENARI".

2) Manakala foto yang diuploadkan sebelum ini adalah salah satu kes yang tidak sepatutnya berlaku di kejiranan kita ini. Gambar pertama ialah Papan Kenyataan di salah satu tabgga di Blok 1. Gambar kedua pula ialah salah satu memo yang ditampalkan di papan-papan kenyataan di apartmen kita, termasuklah di papan kenyataan gambar 1 itu. Apa yang berlaku ialah, notis atau memo tersebut telah dibakar. Kesan kebakaran masih kekal sebagaimana gambar 1. Hal ini tak patut berlaku kerana ia tidak menggambarkan satu masyarakat yang bertamadun. Harap hal sebegini tak berlaku lagi. kalau berlaku juga, saya takut ada 'orang bakar orang' pulak satu hari nanti.

Okay.

Adios, Wassalam.