Sabtu, 15 Mei 2010

MESYUARAT AGUNG PERBADANAN APARTMENT KENARI

Insyaallah, jika tiada aral mesyuarat agung tahunan apartment kenari akan diadakan pada 27hb. Jun, 2010 bersamaan hari ahad. Agenda utama mesyuarat ialah memilih jawatankuasa baru sesi akan datang. Selain itu beberapa isu dan pembentangan juga akan dibuat. Ini adalah makluman awal. Sekiranya ada perubahan akan dimaklumkan kelak. Jadi kepada semua pemilik unit, silalah luangkan masa untuk hari tersebut. Bookmark tarikhnya dalam perancangan tuan-tuan dan puan-puan. Terima kasih.

MENGECAT BANGUNAN

Perancangan mengecat bangunan sehingga kini masih menunggu maklumbalas dari penghuni dan pemilik unit. Kontraktor dan warna piihan masih belu ditetapkan. Sebarang pandangan dan cadangan dialu-alukan. terima kasihj.

Khamis, 13 Mei 2010

Perancangan Mengecat Blok-blok Apartment Kenari

Pihak Perbadanan Pengurusan Apartment Kenari telah mengambil ketetapan untuk mengecat bangunan apartment kenari yang sudah lebih 15 tahun usianya ini. Jumlah kutipan yang akan dibuat untuk setiap unit ialah sebanyak RM600.00 sahaja. Bagi memudahkan penghuni, maka bayaran tersebut boleh dibuat secara ansuran.

Moga selepas ini keceriaan dan keindahan kejiranan kita bertambah bagus.