Jumaat, 24 Julai 2009

Email dari penghuni....

KEmail ni sebenarnya datang 28hb Jun lalu, tapi sebab saya terlepas check email apartmenkenari, maka saya minta maaf pada Norsyahrim. Walaumacam mana pun, saya siarkan etrus email ni tanpa edit:

epada ahli majlis PPAK,
Tahniah diucapkan atas perlantikan ahli majlis PPAK sesi 09/10 pada mesyuarat agung tahunan ke 8 lalu. Diharap ahli majlis dapat menjalankan tugas dan cabaran baru pada masa akan datang.

Merujuk kepada perkara diatas, amat berharap kita sama-sama dapat menyelesaikan masalah ini dengan ringkas. Perkara diatas terjadi apabila ibu kucing diberi tempat tinggal di tangga depan pintu unit 4-1-1 sebelum penghuni tersebut berpindah. Sebagai warga prihatin, ada penghuni2 lain yang bermurah hati memberi makan tanpa memikirkan soal kebersihan. Makanan diberi didepan pintu rumah sehinggakan bersepah bersama bau hancing dan najis kucing. Perlu diingatkan bau dan najis binatang boleh menjadi punca penyakit terutamanya yang boleh menyebabkan kematian akibat keracunan.
Sebelum perkara ini diunjurkan kepada pihak ahli majlis, ada penghuni prihatin yang cuba menyelesaikan perkara ini dengan memberi nasihat dan teguran kepada “puan” kepada kucing ini. Ini pun setelah melihat ”puan” ini memberi makan kepada kucing-kucing tersebut. Sebaliknya, “puan” kucing tidak mengaku selalu memberi makan kepada kucing. Pada pandangan saya, kucing ini bukan kucing belaan. Kini, kucing ini telah beranak dan keadaan telah menjadi amat kotor.
Sebagai penghuni, saya memang tidak menghalang untuk membela atau memberi makan kucing. Tetapi caranya biarlah mengikut tamadun manusia. Sekiranya ingin membela kucing, bela didalam rumah dan jangan biarkan bau najis sampai ke rumah penghuni lain. Dan sekiranya ingin memberi makan pada bukan kucing belaan, lakukan di tempat yang sesuai (luar premis rumah) bukan dihadapan pintu rumah atau tangga dengan penyediaan yang tidak bersih. Lebih baik sekiranya PPAK mengeluarkan peraturan membela binatang peliharaan sebagai panduan kepada semua penghuni. Yang penting keprihatinan terhadap penghuni lain yang mempunyai keluarga, warga tua dan anak-anak kecil.
Kini, setiap kali membuka pintu rumah atau melalui unit rumah tersebut, bau hancing dan najis kucing.
Diharap PPAK dapat membantu menyelesaikan perkara ini.
Saya boleh dihubungi di talian 019-222 4422.
Sekian.
Terima kasih.

Yang benar,

Norsyahrim Abdul Tahar @ Ariffin
4-2-1 Apartment Kenari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan