Jumaat, 24 Julai 2009

stiker... stiker.... stiker

Salam jiran,

Semalam, maksud saya kelmarin aka malam tadi pihak AJK dah edarkan stiker baru kepada penghuni yang ada kereta dan motosikal. Khabarnya tak sampai seratus pun yang berjaya diserahkan. Jadi, kepada penghuni semua dapatlah luangkan masa untuk gi ambil stiker baru pada:

Sabtu, 25hb ni, esok la tu. jam 10 hingga 1 tengah hari.

Untuk makluman, penggunaan stiker baru terpaksa dilaksanakan kerana ada orang luar pihak yang menjadikan parkign apartmen kenari ni untuk letak kereta diaorang, baik yang nak lari daripada 'kena tarik' atau untuk parking sementara diaorang 'flight' ke mana-mana. Satu lagi untuk mengelak daripada unsur 'memonopoli' petak parking oleh 'orang kaya' yang ada lebih dari 2 kereta.

Pihak AJK merasakan yang dua biji kereta untuik satu rumah, 1 suami, 1 isteri adalah memadai. Jadi untuk adil keada smeua orang, maka inilah yang dilakukan.

Dalam apa-apa pembaharuan, biasanya akan ada komplen. Ini dah jadi lumrah dan wajib. Tak apa, kalau rasa nak komplen pun komplen la.... nka hantam kalu pun hantam la. Wa tak kisah beb! Wa tada masalah.... Adios, Wassalam.

1 ulasan:

  1. salam..
    saya mengikuti blog ini dr masa ke semasa..
    saya terpanggil untuk memberi ulasan disebabkan bahasa yang diguna pakai oleh encik editor yang agak kasar.. minta maaf.. sedangkan ini blog apartment kenari..
    mula2 saya terpanggil untuk meneliti blog ini bila ada sekeping memo terpampang di papan tanda..
    saya beranggapan blog ini diusahakan oleh ahli AJK apartment kenari..
    tetapi.. dengan bahasa encik editor.. tanggapan saya salah... saya merasakan ahli AJK disini lagi bersopan dan berbudi bahasa.. melambangkan bahasa 'apartment' bukan bahasa 'flat'..
    harap encik 'editor' jgn terlompat.. disini ramai penghuni yang berhemah tinggi.. kami tidak mahu distereo taip sebagai tidak bersopan disebabkan bahasa encik editor..

    tumpang lalu...

    BalasPadam