Sabtu, 25 Julai 2009

Operasi stiker....

Salam & alooo,
Kepada sapa-sapa yang belum ambik stiker, sila la ambik pada 29hb (Rabu) ni, Malam jam 9.15 hingga 10.30. Tu kira last call.

Untuk makluman juga, pada 1hb operasi memastikan semua kereta penghuni ada stiker akan dijalankan.

Ada orang yang tak paham kenapa stiker baru perlu dibuat. Sebabnya sekarang ni kat kenari ni dah jadi tempat untuk orang yang kereta dia nak kena tarik datang sorok kat sini. Dah lagi, ada yang nak pergi out station pun datang parking kat sini juga. Jadi penghuni sendiri tak dapat nak parking.

Jadi kita akan pastikan yang kereta ada stiker saja boleh parking kat sini.

2 ulasan:

  1. nak ambil payung bagaimana? harga ?

    BalasPadam
  2. Salam kepada warga kenari apt,

    Disini ingin saya menyuarakan sedikit rasa tidak puas hati terhadap mereka yg tidak bertanggungjawab meletakkan kereta di petak yg disediakan khas untuk motosikal sahaja. Kejadian ini selalu berlaku di blok 2.
    Sudah beberapa kali saya melihat perkara ini dan saya pernah mengadu kepada pondok pengawal..tetapi nampaknya tidak ada apa2 tindakan dilakukan.
    Kita sedia maklum yg petak yg disediakan utk motosikal adalah sgt terhad jika dibandingkan dgn petak kereta. Jadi apabila ada penghuni yg sengaja meletakkan kereta di petak motosikal tentunya akan menyusahkan kami yg bermotosikal...bayangkan satu petak kereta sahaja boleh memuatkan sehingga 5 buah motosikal.
    Kadang2 kami terpaksa meletakkan motosikal di blok lain akibat perbuatan mereka yg tidak bertanggungjawab ini. kenapa tidak dikunci sahaja tayar kereta mereka ini. Sedangkan perbuatan mereka jelas menyalahi peraturan.
    Di sini saya memohon kepada ajk kenari apt supaya bertindak lebih tegas terhadap mereka ini. Jika tidak diambil tindakan semakin naik minyak la mereka ini.

    BalasPadam