Khamis, 23 Julai 2009

update lepas sebulan tak update.... jangan tak update..

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mula tu ingat nak minta maaf pasal dah lama tak update, tapi mengenangkan blog ni bertujuan untuk komunikasi dua hala antara semasa penduduk dan AJK serta bukanlah berbayar, maka tak perlulah nak minta maaf. Bila saya ada masa, saya rasa ada benda penting untuk update, saya update. Kalau tak kita sembang-sembang je la. Walau macammana pun saya hargai pandangan sahabat-sahabat yang 'dah naik' boring pasal blog ni tak update. Jadi saya minta maaf pasai yang tu la.

Okay... berita terkini yang rasanya perlu diketahui dan perlu diwar-warkan kepada penghuni sekalian ialah perubahan atau 'adjusment' yang dah dibuat pada struktur pentadbiran pengurusan apartmen kenari ni.

Pertama, encik Rahim, Pengurus kita kini dah makin kurang beban kerjanya setelah pembahagian tugasan dilakukan. Tugas penjagaan dan pengawasan persekitaran apartment kenari kini diserahkan kepada AJK encik Md. Nor. Beliau akan mengatur jadual mencuci, memotong dan menceriakan persekiataran kita. Langkah ini dibuat memandangkan beliau ada pengalaman dalam landskap dan untuk mengurangkan beban tugas en. Rahim. Jadi dengan ini en. rahim akan tumpukan tugas pada pengurusan dan 'maintenance'. Kalau ada apa-apa kerosakan atau kompelen kemudahan baik dalam tumah atau luar rumah, kini jadi tanggungjawab beliau. Selamat berkhidmat kepada en. Md Nor dan selamat 'relaks sikit' pada en. rahim.

Kedua, tentang stiker baru. Baru-baru ini telah diedarkan borang untuk banci kenderaan dan jumlah penduduk. Ada yang dah hantar dan ada yang belum. Yang belum tu tolong hantar cepat. Nak diingatkan, lepas ni kalau ada kereta yang tak ada stiker, jangan 'mengamuk' kalau kereta tuan puan ditunda atau diclamp. Jadi pastikan semua ada stiker.

Senarai AJK dah ditampal pada papan kenyataan tangga setiap blok. Jadi, kalau segan nak tulis/komplen kat sini, sila la hubungi mereka yang berkenaan.

Adios! Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan